phone: +013-7154261
e-mail: progandawork@gmail.com

Apple Memperkenalkan iPhone 5S – Dengan Cip Pemprosesan 64-bit


Bersama-sama pengumuman iPhone 5C, pihak Apple juga turut sama memperkenalkan peranti utama mereka, iaitu telefon pintar iPhone 5S – didatangkan dalam tiga pilihan warna, iaitu emas, putih (silver) dan juga kelabu.



iPhone 5S menjadi telefon pintar pertama yang menyertakan cip pemprosesan berasaskan 64-bit melalui cip A7 daripada Apple. Dengan penggunaan cip A7 ini, ia membawakan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas berbanding sebelumnya, termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju.



Disamping cip A7, pihak Apple juga turut sama menambah sebuah cip baru dipanggil sebagai M7, iaitu sebuah “motion processor”. Melaluinya, ia membolehkan cip khas ini memproses data berkaitan accelerometer, gerakan dan sebagainya. Apple mengatakan ia membolehkan peranti mengetahui gerakan anda, sekaligus amat berguna untuk aplikasi berbentuk sukan dan kesihatan.



Apple juga turut mengatakan mereka memberikan perhatian yang amat baik untuk jangka hayat bateri, dimana kini ia bertahan lebih lama berbanding iPhone 5 sebelum ini.

Melalui iPhone 5S, Apple juga turut memberikan perhatian kepada bahagian kamera mereka, dimana kini ia menyertakan sokongan kamera 8-megapixel iSight bersama-sama aperture f/2.2 yang lebih besar, dan mengatakan sensor mereka mempunyai 1.5 mikron pixel untuk rakaman pada keadaan gelap dengan lebih baik.

iPhone 5S juga menyertakan dua LED untuk flash – satu berwarna putih dan satu lagi amber, membolehkan ia menganalisa dan menggunakan pencahayaan yang baik bersesuaian dengan keadaan sekeliling. Apple turut mengatakan iPhone 5 menyertakan sokongan penstabilan imej automatik, dan merakamkan beberapa gambar pada suatu masa, dan kemudian mengabungkan bahagian yang jelas dan tajam untuk sesuatu gambar.



Sokongan mod burst turut disertakan, membolehkan pengguna merakamkan sehingga 10 rakaman dalam sesaat.

Satu lagi fungsi baru yang disertakan adalah SloMo, membolehkan pengguna merakamkan video HD (720p) pada kadar 120fps.

Dan akhir sekali, seperti diura-ura akan sebelum ini, iPhone 5S turut sama menyertakan sokongan pengimbas cap jari, dinamakan sebagai TouchID.

Sensor TouchID ini akan terbina pada butang Home, dimana pengguna boleh unlock telefon mereka dengan menyentuhnya. Menggunakannya juga, pengguna boleh melakukan pembelian melalui iTunes tanpa perlu memasukkan kata laluan seperti sebelumnya.





Apple mengatakan ia boleh menyimpan data untuk beberapa jari, selain mana sistem pengimbas bertambah baik dengan kegunaan yang kerap.

Secara keseluruhannya, pihak Apple dilihat memfokuskan kepada tiga perkara utama yang didatangkan dengan iPhone 5S, iaitu cip pemprosesan A7 berasaskan 64-bit, sokongan kamera lebih baik, dan juga pengimbas cap jari dinamakan TouchID.



iPhone 5S akan ditawarkan di beberapa negara utama bermula 20 September ini, dan dijangka akan dijual di lebih 100 buah negara menjelang bulan Disember ini.

Sumber Gambar: TechCrunch

KitKat?? Nama Android ke??



wAH!!! ada versi baru untuk Android ni, Sebelum ini, ramai membuat spekulasi yang mana Android versi seterusnya akan dikenali dengan nama “Key Lime Pie”. Namun, nampaknya ia tidak menjadi kenyataan, apabila kini Sundar melalui Google+ berkongsi mengatakan nama Android akan datang akan dikenali sebagai “KitKat”.



Pada masa yang sama, sebuah halaman khas telah disediakan untuk Android KitKat ini, dan ia akan menggunakan angka Android 4.4. Tiada sebarang perkara yang dikongsikan mengenai apakah yang akan dibawakan oleh Android KitKat kelak.


Bersama-sama dengan pengumuman ini, Sundar juga turut berkongsi mengatakan yang mana kini angka pengaktifan Android mencapai 1 billion di seluruh dunia.


Jadi, apa kata anda mengenai penggunaan nama Android KitKat ini? Admin ase bek letak nama lain jelah, serius!!!!



SUMBER : SUNDAR PICHAI



Fonts Oh Fonts!!!



Pernahkah mengalami situasi di mana anda ingin mencari nama font yang terdapat di dalam satu fail grafik atau pada grafik logo? Anda mula menyemak satu per satu font yang terdapat di dalam komputer. Tak jumpa? Kemudian, cuba cari dalam laman web font yang mempunyai beribu-ribu jenis font. Letih bukan? Mari kita tengok kaedah yang mungkin dapat membantu anda.



Sebenarnya, terdapat beberapa laman web yang menyediakan servis mencari jenis font. Antara laman web yang saya pernah guna ialah:
MyFont – What The Font
WhatFontIs

Dua cara anda boleh lakukan setelah membuka salah satu daripada laman web di atas, iaitu dengan mengupload fail grafik atau memasukkan link kepada fail grafik yang mempunyai teks. 



Web: What Font Is


Web: What The Font

Contoh: Font Facebook 



Klik Kanan dan Pilih Copy Image URL.

Jika saya hendak mencari nama font untuk logo Facebook, saya search di Google Image dengan menggunakan keyword “Facebook Logo”. Pada imej logo yang dirasakan sesuai, saya klik kanan dan pilih Copy Image URL. Pastekan URL ini di laman web mencari font (saya gunakan WhatFontIs).




Taip Huruf Yang Betul.

Kemudian, masukkan huruf mengikut paparan imej yang diberikan. Abaikan ruang yang tidak perlu. Kemudian, klik continue dan web tersebut akan menyenaraikan font yang dirasakan hampir dengan imej yang anda berikan.

Selamat mencuba! 

Nota Tambahan:
Boleh kemaskan fail grafik jika font tidak jelas.
Jarakkan atau asingkan huruf dalam fail grafik supaya tidak bercantum.
Jika tiada font yang tepat, mungkin designer telah mengubah rupa bentuk asal font.



SUMBER : SIFOO.COM

IMEI? Apakah Itu???


Salam, ini Siri Pertama Proganda Work's Setelah Lama Blog Proganda Di Delate Oleh Google Atas Beberapa Kesalahan Dalam Bloger.. Ok Admin Just CUT & PASTE je ilmu ni....

Jikalau setiap manusia mempunyai kad identiti masing-masing, begitu juga untuk setiap peranti mudah-alih yang dikeluarkan, dimana mempunyai nombor IMEI tersendiri, yang mana boleh digunakan untuk beberapa tujuan.



Jadi, apakah itu IMEI? IMEI merupakan singkatan kepada International Mobile Equipment Identity, dimana setiap peranti mudah-alih didatangkan dengan angka identiti yang unik, dimana berlainan dengan setiap yang lain.

Sekiranya anda membeli peranti baru, anda akan dapat melihat angka IMEI ini di beberapa lokasi, seperti pada bahagian bateri, kotak peranti, mahupun pada resit yang dibeli oleh anda.

Anda juga boleh menyemak nombor IMEI anda dengan mudah pada peranti anda. Bagaimana?
Untuk iOS, anda perlu ke bahagian Settings > General > About
Untuk Android, anda perlu ke bahagian Settings > About Phone
Untuk BlackBerry anda perlu ke bahagian Options > Status
Untuk Windows Phone, anda perlu ke bahagian Settings > About > More Information

Sekiranya cara semakan tersebut agak sukar untuk anda, cara mudahnya adalah dengan hanya mendail *#06# pada peranti anda, dan nombor IMEI akan diperlihatkan serta merta.

Setiap IMEI hadir dengan 15 digit yang mana masing-masing mempunyai kegunaannya dalam memberikan identiti untuk peranti anda. Mengikut format terkini, IMEI berbentuk AA-BBBBBB-CCCCCC-D dimana;
A merupakan angka identiti untuk pengeluar
B adalah angka model telefon
C merupakan angka identiti
D merupakan angka akhir yang digunakan untuk mengesahkan keseluruhan angka IMEI.

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan anda mengenal-pasti identiti peranti anda, dan salah satunya adalah IMEI.info, yang dikemaskini dengan pelbagai angka IMEI setiap hari. Namun, terdapat beberapa peranti yang tidak termasuk dalam pangkalan data mereka, menjadikan bukan ke semua peranti boleh diketahui melaluinya.

Jadi, mungkin ramai yang kini tertanya-tanya, apakah kegunaannya? IMEI mempunyai pelbagai kegunaan, dan untuk pengguna biasa, ia amat berguna sekiranya anda ingin mematikan peranti anda sekiranya kehilangan ataupun dicuri dan sebagainya.

Memandangkan IMEI digunakan sebagai identiti untuk telefon anda, maka sekiranya anda kehilangan peranti, anda boleh menghubungi syarikat telekomunikasi dan melaporkan mengenai kehilangannya, dan senarai hitam akan peranti tersebut, sekaligus menjadikan ia tidak berguna lagi.

Namun, seperti biasa, terdapat beberapa kejadian, dilaporkan angka IMEI boleh diubah oleh pencuri dan menjadikan ia boleh digunakan semula. Untuk tujuan ini, angka yang tidak disenara-hitam akan digunakan. Jadi, untuk sebab ini, ia sering dikatakan angka IMEI perlulah disimpan untuk kegunaan peribadi, dan tidak dikongsikan kepada umum, yang mana boleh menjadikan peranti anda di klon dengan mudah.
Sumber: Amaz

like

Best Blogspot Templates 2013